Monday, December 12, 2011

perihal nama!!!

Assalammmmmmualaikum!!!!

Perihal nama Anak...

entry kali ni tercetus petang tadi, waktu bersembang dengan my ousemate n x-classmate... bermula dari nama-nama lelaki n perempuan yang kitaorang suka dengar. Xder kena mengena dengan orang yang hidup ataupun yang sudah meninggal dunia, yang dekat mahupun yang jauh atau yang tinggi mahupun yang rendah...
Nama lelaki yang aku suka mesti lah ADAM. Bila tersebut jer nama tu, otak tu mesti berpikir, lelaki tu bersifat berpemimpin sikit, seperti seorang ketua, tegas, berdisiplin dan bertanggungjawab. (harap masih ader lagi ADAM yang aku pikir wujud atas muka bumi ni,,,,, insyaAllah). Bergitula yang aku pikir....
bagi perempuan pulak aku suka nama AISYAH. Aku membayangkan AISYAH ni seorang yang lembut, manja dan juga bijak. Sebagai seorang wanita, seharusnya kita mesti ada sifat begini bukan... (ikut tempat ya!! jgn bermanja xtentu pasal plak nnti di cop GEGIRL..).

Lebih xvance lgi, klu satu hari nnti aku ader anak, aku nak letak ADAM kat nama anak lelaki sulung n AISYAH kt nama anak perempuan sulung... (insyaAllah)... hahha... terasa kelakar pulak, awal2 lgi dah cri nama anak2.. padahal bukan setakat kahwin, calon suami pun xder lagi.... haha..

Antara nama2x anak lelaki yang aku dah cari:
  • ….. NUR ADAM AQASHA
  • ….. NUR ADHAM ISHKANDAR
  • ….. NUR YUSSUF HAYQAL

    Antara nama2x anak perempuan pulak:
  • ….. NUR AISYHAH DHIA
  • ….. NUR AISYHAH DHAURAH
  • ….. NUR AINA MUNAWIRAH

Ini antara nama2x yang aku dah cari, nnti pakat pilih jer nak yang mana satu (insyaAllah klu ader rezeki).... (…..) pada nama kat atas tu masih lagi infiniti.. heheh... maksudnya.. andai kata jodoh aku dgn org yang bernama syed, maka (…..) tu akn jadi Syed @ Syarifah la... begitula yang selainnya...

Dalam memikirkan nama2x ni, kawan aku ader tanya??? kenapa nama2x anak lelaki ada NUR.... hahaha... saje jer aku letak nama NUR tu... kawan aku kata lagi, “nama kan penting, mahu di dunia atau di akhirat, klu ko letak nama anak lelaki ko NUR, silap2x nnti dorang beratur kat barisan kaum wanita plak kat akhirat nnti”.... what da?????... tpi aku thu dia saja melawak jer tu... *kat akhirat nnti sape kisah ko beratur kt lelaki ker, perempuan ker,...kata ustaz aku, time dukkt sana xder sapa pun memperdulikan antara satu sama lain, semua risau akan diri sendiri, di manakah mereka akan ditempatkan?? cukup ker amalan mereka?? dn sebagainya..... ~maafla klu tersilap~....*
sekian, tq!!!

Thursday, November 10, 2011

ANAK ibarat FILEM ?????

salam sejahtera semua...
entry kali ni aku tulis sendiri tau... xcopy n paste macm slalu...heeeuiiiiiiww.
nak bercerita pasal anak la pulak ari ni
kata orang anak itu ibarat kain putih, terserahla pada ibubapa bagaimana mereka mahu mencoraknya...
aku sokong jugak kata2 nih... mmg betul pun.. tapi pendapat aku
"anak2 ni ibaratnya adalah sebuah filem..
ibubapa adalah pengarah dan penerbitnya,
manakala anak2 adalah pelakonnya...
kemudian penontonnya adalah orang sekeliling" ~MQ~..

  macamni la keluarga bahgia.....

baby ni xder kne-mngena pun dgn aku, cuma nk bagi korng tgok.....
     super-duper cute kan.... alahai,,, geramnya!!!


aku rasa xpyahla kot aku xplain habis-habisan...
simple macamni pun aku rasa korang paham..
ok,,, dah abis dah entry ari ni.....

Friday, August 19, 2011

inilah yg terjdi bila???

Situasi sebenar : Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati di tempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."

Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Obefiend - "Nenek meleis mati. Aku suka vodka."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Ibrahim Ali - "Sampai bila kita nak tengok nenek-nenek Melayu mati dilanggar beca akibat ubi orang Cina dan India? Melayu perlu bangun menentang!"

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Samy Vellu - "Beca tak bayar tol dicari."

Sunday, June 5, 2011

kalau perempuan .......,

by Siti Zainab on Thursday, November 25, 2010 at 4:26pm

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja.

Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!" Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara,... juga rakan sejawat kami.

Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja.

Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala.

Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam.

Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami.

Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam.

Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal.

Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah.

Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga ya? Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya?

Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal.

Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami.

Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'.

Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

Sunday, May 22, 2011

surat buat anak lelaki ibu.....

Anak ibu,

Surat ini mungkin hanya sampai kepadamu 18 tahun dari sekarang. Semoga setiap bait surat ini masih kemas tersimpan di ruangan maya ini tanpa satu perkataan pun hilang; hanya untuk tatapanmu.

Surat ini ibu tulis untukmu. Pasti kamu sedang meniti zaman remajamu. Indah dan simple bukan hidupmu? Sebelum memori dari zaman remaja ibu lenyap ditimbus oleh perihal kerja dan keluarga kita, ibu layangkan warkah ini sebagai peringatan buatmu. 

Saat ini, ibu belumpun bernikah dengan ayah. Belum ibu kenal sepenuhnya siapakah lelaki. Pengalaman ibu dengan lelaki juga tidaklah banyak. Hanya daripada cerita, diskusi dan pemerhatian ibu.


Sayang,

Di zaman remajamu ini, ujian besar buatmu ialah perempuan. Naluri ingin berpasangan, bercinta, mencintai dan dicintai mulai berputik dalam hatimu. Penglihatanmu memusuhi imanmu. Jiwamu bergelora dengan rasa yang aneh. Itu fitrah, anakku. 

Ibu bukan menafikan perasaanmu, tetapi ingin ibu sedarkan kamu dengan realiti hidupmu sebagai pemilik kromosom XY.

Tika hatimu sedang meronta dan nafsumu bergelora, kawallah dirimu. Pandanglah ke depan dan soallah dirimu. Tahukah kamu siapa itu lelaki? Buka Quranmu, dan lihatlah kepada surah an-Nisa', ayat ke-34.

"Kaum laki-laki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (laki-laki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (laki-laki) telah menafkahkan sebagian dari harta mereka. Sebab itu maka wanita yang solehah, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka). Wanita-wanita yang kamu khawatirkan nusyuznya, maka nasihatilah mereka dan pisahkanlah mereka di tempat tidur mereka, dan pukullah mereka. kemudian jika mereka mentaatimu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkannya.Sesungguhnya Allah Maha Tinggi lagi Maha besar." (An-Nisa:34)

Sudahkah kamu bersedia dengan amanah ini anakku?


Anak ibu,

Lelaki selalunya punya naluri sebagai pemimpin dalam dirinya, tetapi jarang sekali dia sedar. Lebih-lebih lagi lelaki di usiamu, hampir semuanya dalam koma. 

Lelaki tidak akan sah sebagai lelaki, selama mana 3 soalan ini tidak dia temui jawapannya.

Siapa dirinya?
Apa yang sedang dilakukan?
Berapa banyak yang dia dapat dari hasil usahanya?

Ya, perempuan yang sebaya denganmu juga memiliki perasaan seperti kamu. Cuma pada usia ini fantasi kami sangat menyimpang dari apa yang kamu bayangkan - kami mengharapkan perkahwinan sebagai penyudah. Yang diangankannya indah-indah belaka.. Dia berharap agar kamu romantis, kamu akan menyediakan setiap keperluan dalam hidupnya, kamu yang akan menunaikan kehendaknya dan 'we live happily ever after.' Jika fitrahmu adalah memimpin, mereka pula dilahirkan dengan rasa kebergantungan, perlu dididik dan dipimpin.

Tetapi, kamu...saat ini wujudkan perkataan perkahwinan itu dalam kamus remajamu? Apa bukti yang kamu ada untuk memenuhi fitrah kebergantungan gadis pujaan hatimu?


Kalau ya pun berkahwin tujuanmu, kamu senantiasa resah memikirkan bagaimana kamu dapat memenuhi naluri lelakimu. Fokus kamu akan beralih nanti selama mana kamu tiada bukti yang kamu adalah seorang lelaki. 

Percayalah, kamu belum dapat serius dengan mana-mana perempuan pun selama mana 3 soalan tersebut belum kamu temui jawapannya, dan selalunya ibu perhatikan, lelaki sangat lembab memenuhi peranannya berbanding gelora nafsunya. 

Biarlah kamu dilihat sebagai matang awal. Ibu cuma tidak mahu kamu membazirkan zaman remajamu dengan perkara yang sia-sia, tanpa arah tujuan. Ibu hanya mahu kamu menghormati perempuan dan emosinya. Bermain dengan emosi seorang perempuan bukanlah tanda dirimu hebat ataupun kamu lelaki sejati. Lelaki itu pemimpin perempuan! 


Sayang,

Jika kamu tanyakan kepada ibu, apa yang harus kamu lakukan untuk mencari jawapan kepada 3 soalan di atas, minta maaf ibu bukanlah orang yang selayaknya untuk menunjukkan kamu jalan itu. 

Hanya ayah kamu bisa mengajar kamu menjadi lelaki. 


Belajarlah darinya. Berbincanglah dengannya. Bangunlah setiap pagi di waktu ayahmu bangun. Lihatlah apa yang dilakukannya sepanjang hari sebagai lelaki, ketua keluarga kita dan apa yang dia sumbangkan buat keluarga kita dan masyarakat. Rasailah kesusahannya sebagai lelaki, insha Allah, kamu akan temui jawapan yang kamu cari.



Anakku,

Jadilah lelaki terlebih dahulu. Kemudian pilihlah perempuan yang akan membantu kamu menjadi lelaki yang lebih baik, samada dalam urusan duniamu dan lebih penting dalam urusan akhiratmu. Insha Allah, ibu selalu mendoakan agar kamu menjadi hamba Allah yang soleh dan diredhai-Nya. Amin.


Salam rindu dari ibumu.

http://www.heliantuse.com/

Wednesday, May 11, 2011

biarkan cinta itu terus diam

Bila belum sedia melangkah lebih jauh dengan seseorang, cukup cintai ia dalam diam...kerana diammu adalah salah satu bukti cintamu padanya...kau ingin memuliakan dia, dengan tidak mengajaknya menjalin hubungan yang terlarang, kau tidak mahu memusnahkan kesucian dan penjagaan hatinya..

kerana diammu memuliakan kesucian diri dan hatimu..menghindarkan dirimu dari hal-hal yang akan memusnahkan izzah dan iffahmu..

kerana diammu bukti kesetiaanmu padanya..kerana mungkin saja orang yang kau cinta adalah juga orang yang telah ALLAH swt. pilihkan untukmu...

ingatkah kalian tentang kisah Fatimah dan ALI?
yang keduanya saling memendam apa yang mereka rasakan...
tapi pada akhirnya mereka dipertemukan dalam ikatan suci nan indah..

kerana dalam diammu tersimpan kekuatan...kekuatan harapan...hingga mungkin saja Allah akan membuat harapan itu menjadi nyata hingga cintamu yang diam itu dapat berbicara dalam kehidupan nyata..bukankah Allah tidak akan pernah memutuskan harapan hamba yang berharap padaNya?

dan jika memang 'cinta dalam diammu' itu tidak memiliki kesempatan untuk
berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam...

jika dia memang bukan milikmu, pasti Allah, melalui waktu akan menghapus 'cinta dalam diammu' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat...

biarkan 'cinta dalam diammu' itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatimu menjadi rahsia antara kau dengan Sang Pemilik hatimu...~
 ~copy n paste~

Tuesday, March 29, 2011

kantoi....

minggu ke 13-sem2-2011
minggu yang sadis skali... mane xnya dri ahad hngga selasa, segala perbuatan jahat aku terkantoi... memalukan diri sendiri malina nih... huhuhu...


AHAD;
          <hampir tgahari>-lepas mandi
            sms masuk:salam. lepas asar insyaallah... jumpa di pi... objektif perbincangn, halatuju islam di
                             uitm n9... harap dapt datang...
             aku; insyaAllah
       
          <tghari> situasi- makan tghari


        laila; malina, petang ni jom main badminton?
        aku: okey, set time, tempat... hehehe...  eh der meetingla... ermmm... xperla... buat jahat jap...      
                xnak datng laa...hehehe
         
          <petang> dlam perjalan ker court
           aku: laila, xyahla lalu dpan pi, ti drg nampak aku... habisla...
                (berjalan terhendap2 ke anjung, nyorok seblh laila.. )
                note: misi berjaya!!!
         <magrib> tgah mmbeli makanan.
              kakak ppi: ehhh, malina ( sambil tersenyum manis)
              aku: ehh, akak.. hihihi...(sambil muka tahan malu, terkantoi sudah, dengan raketnya tersangkut                  kat bahu..)..
             NOTE: misi terkantoi...

 ISNIN: <petang> situasi-lecture phy... bab akhir..
               aku: (telingga mendengar, mata menatap skrin handset)... hahaha... eeeeeiiii, sengalla ustaz Hafiz                             ni... xleh bla betul... hahahah... huhu... hihiihi...
              lecturer: (kuliah dah selesai aku still menatap handset lagi).... mallin, awak faham x???
             aku: erhhhhh....eeerrrrrr.... sambil tersenyum...(asal tnya aku plak ni, rmai lgi org ni)
             lecturer: berjalan ker arah aku sambil tarik kerusi, duduk betul2 depan aku...
            aku: fuhhh.... abisla kali ni.... (terkocoh2 cri pencil, apakah aku buat sampai pencil pun
                 xkuarkan lagi.... pura-pura tulis formula atas kertas sambil membaca soalan yang diberi...)
                 NOTE: misi berjaya!!!!
            lecturer: apa yang xpaham???
            aku: ermmm...(apeni nak cakap, ding dong...dpt idea) macammna soklan tdi leh dapt 0.05s... 
                  dalam soklan die xtulis pun??? (bertnya sambil bermuka innoncent)
           lecturer: ni saya bagi... nak tunjuk contoh..
           aku: ohh... patutlaa.. xpaham..eee...( malina jujur malina... ko bukan mmg xpaham ker??? hahaha..)
           lecturer: haaa, cepatla tulis, formula dah betul, masukkan maklumat jer...
          aku: aaa... yer...yer..
          lecturer: bangun menuju ke mejanya....
          aku: sambung balik menatap handset... heheh...hahaha...ustaz hafiz...ustaz hafiz...haha
          selang bbrapa minit....
          lecturer: mallin boleh buat x??? sambil mengetap bibir memndang ke arah aku yang tgh
                       leka menatap handset...
          aku: haaaaa??? sambil bermuka blur... alamak... cepat2 sorok handset... tkut dirampas...
         lecturer: berjalan menuju ke arah aku lagi... ape jawapan awak dapat??? sambil melihat kertas
                     aku... menjegilkan matanya...  maaaallllinnn!!!!!
           aku: hehehe.... tersenyum kambing
           NOTE: misi terkantoi...

 SELASA: (tghri) situasi dlam klas
                aku: malasla nak gi lab math... drng kater xder..
                min: ko biar betul??
                aku: hehehe... ponteng nak???
               min: tanya drong jap......... dorng pun xdtgla...
              aku: yeah.... xsabrnya nak balik... hahah
               min: ko memang...
           NOTE: misi berjaya!!!! nak ponteng class..
              aku: naik lifla... kaki aku sakit lagila...(akibat x warm up waktu main badminton)
              min: jom.....
              aku: buat jahat jap... jeng jeng jeng.. nak turun tingkat 1 tpi tekan button naik atas.. dua2 button ak
                     tekan... heheh... aku kan suka wat keje gini... meringgan kan beban orng..
             (ting... lif terbukak... lif nak naik atas sebnarnya, tpi aku naik jer skadar nak bersiar2 dengan lif...
              menonong jer masuk xtgok org depan... skali angkat kepala, erkkkk... madam???  alamak... gagal
              sudah... pandang madam, madam pandng balik... apalagi senyum kambingla aku...)
           sambil memndang min... minta jawapan melalui riak muka... hahaha... nak terus ke xnak...
           sampai tingkt 6.. madam berjalan kuar, sambil memndang ke arah kami... aku ambil buku tutp muka...
            NOTE: misi terkantoi.... xper... teringin sngt nak pontg...hahaha...

           3 ari berturut2 sumenya terkantoi... esok apa pulak agaknya.... hahaha
       janganla malu wehhh!!!